Tuesday 21 September 2010

cerita kopiah haji abdul

kopiah? ya. kopiah. kalau kat rumah dulu, babahku sorang sahaja yang pakai kopiah. kopiah bukanlah satu isu yang besar di rumah kerana hanya ada seorang lelaki di rumah. Maklumlah, adik beradik semuanya perempuan. Isu hangat di rumah hanyalah tudung. Kalau beli tudung, fuh~ tak hengat la orang cakap. Tudung bertimbun-timbun dalam almari di rumah . Pelbagai warna dan jenis. Tudung bawallah, tudung lycralah, selendanglah, senang cakap, pelbagailah, macam penduduk negara kita ni, pelbagai bangsa.

Tapi sekarang lain, maklumlah, dah tambah adik beradik baru. Adik beradik suamiku semuanya lelaki. Satu petang tu, Angah(abang suamiku) pulang membawa kopiah2. Semua orang duduk bersila di ruang tamu sambil melihat dia mengeluarkan satu per satu kopiah. Pelbagai jenis kopiah ada. Diri ni hanya duduk diam dan tersengih. Lagak bapak dan anak2 lelakinya memilih kopiah untuk kepala masing2 hampir sama dengan situasi di rumahku dulu. Dulu tudung, sekarang depan mata tengok orang pilih2 kopiah. Kopiah pun ada brand. Macam2 jenis dan brand. Kopiah Haji Abdul jelas diminati ramai(Abah and Hubby). Ingatkan tudung je ada saiz? Bidang 40? 45? 50? 60? .... Kopiah pon ada saiz la. Gelihati melihat mereka cuba kopiah pada kepala masing2. Longgar atau ketat. Kepala kecil atau besar? Risau kopiah masing2 akan terjelopok ke depan tatkala sujud menghadap Ilahi. Bagiku, semua ini adalah suatu yang baru. Suatu baru lagi menyeronokkan!


Satu hari di rumahku yang selama ni penuh dengan pelbagai tudung je.Hubby duk mencari kopiahnya. Babahku yang sudah siap lengkap berkopiah menunggunya untuk ke masjid bersama(first time babah dapat anak laki, mestilah nak pergi ke masjid sama2).Ke sana ke mari hubby mencari kopiahnya. " Rasanya ada letak kopiah kat tepi TV ni tadi," getus hati kecilnya.

Babah : Cari apa palie?
Hubby : Cari kopiah, ada letak kat tepi TV ni tadi.
Babah : Kopiah yang ni ke? (sambil menghulurkan kopiah di kepalanya kepada hubby) ... -_-''
--------------------------------------------------------------------------------------
Everybody is adjusting to the new environment. Babah is no longer the only man in the house. Welcome to the family my dear. ^_^