Monday 25 October 2010

Buku : Surat-surat Perempuan Johor

Baru sahaja selesai membaca buku ini. kesimpulannya => BEST!!!! padat dengan info. susah nak dapat buku2 cerita yang diselit dgn info2 yang menarik. kalau selama ni nak baca buku sejarah susah,buku ni menepikan semua itu. Sejarah tentu sekali menarik sebenarnya. Apa yang tersingkap dalam sejarah, dan apa yang perlu kita tahu sebagai pewaris sejarah itu sendiri. Bagi saya, apa yang penting ialah cara untuk menyampaikannya kepada anak muda, dan syabas buat penulis buku ini kerana berjaya menyampaikannya dalam keadaan yang amat menarik!


Novel ini dihasilkan dalam bentuk surat2 yang ditulis oleh 2 orang wanita yang hidup di dalam era yang berbeza tetapi mempunyai minat yang sama iaitu menaikkan Islam itu sendiri. Apabila membaca buku ini, kita akan terfikir, apa sebenarnya tujuan hidup kita di dunia ini. Apa matlamat kita ? ? ? Mari berfikir dan terus berfikir.

Banyak lagi review yang menarik di luar sana tentang buku ini, contohnya disini .Tidak perlu lagi rasanya saya taip panjang2 tentang buku ini, kesimpulan yang kedua saya ingin nyatakan disini ialah, tiada ruginya untuk membeli dan membaca buku ini.

Nama buku : Surat-Surat Perempuan Johor
Penulis : Faisal Tehrani
Harga : Tak pasti (sebab Filzah Hanis yang punya... thanks Filzah!)

Kepada yang akan membaca, selamat mengharungi liku2 sejarah di mana ketika itu Kerajaan Khalifah Islam sedang di ancam hebat oleh musuh2 (yang banyaknya, musuh di kalangan kita sendiri = hati2 ye kawan2!) .

^_^

1 comment:

syakira shan said...

Assalamualaikum, nice I like it <3 lagi pon nola tngh wat pe?