Wednesday 10 February 2010

aku dracula

dracula? vampire? kalau cerita tentang makhluk2 ni, sure paling top pasal kisah cinta mereka. twilight? vampire diaries? trublood? apa sebenarnya dracula atau vampire ni? secara umumnya adalah; mereka yang menjadikan darah manusia sebagai makanan.

Gulp! (buat2 telan air liur bila dengar tentang makan darah manusia).
Sejak kebelakangan ini, aku banyak makan darah manusia. bukan sengaja. tapi, nak buat camna. bila cakap banyak sangat, gigi langgar ulser kat dalam mulut nih. mula la terasa lain macam je bila telan air liur. rasa darah laaaaa....... draculakah aku sekarang??? (buat2 keluarkan taring gigi yang kontot) ...

Ya. ini adalah sambungan cerita ulser yang ada dalam mulut ni. apa la dosa mulut aku ni, sampai Allah bagi ulser ni. ujian , ujian , ujian. Mungkin mulut ni ada tersalah cakap kat siapa2? kalau begitu, disini,

SAYA, NOOR SYAHIRA BT SHAN, INGIN MEMINTA MAAF KEPADA SESIAPA SAHAJA, ANDAI APA YANG KELUAR DARI MULUT SAYA ADA MEMBUAT SIAPA2 TERASA HATI ATAU TAK PUAS HATI. MAAFKAN SAYA. SAYA KADANG2 TIDAK SEDAR APA YANG SAYA KATAKAN. AKAN SAYA CUBA LEBIH BERHATI2 DI MASA AKAN DATANG.

Dari tidak boleh senyum, sehingga jadi dracula... macam2 cerita la ulserku ini. terasa macam nak bagi nama sahaja. cadangan nama:
  • ulser satu <-- idea sungguh bosan
  • ulser dua <-- lagi bosan
  • merah <-- ulser warna merah kan?
  • comel <-- comel ke ulser?
  • momel <-- hasil dari merah+comel
Hah. momel. dalam mulut ni, selain dari gigi dan lidah, ada momeL !!!!!

Tuesday 9 February 2010

bukan sombong, tapi tak boleh senyum

bila jumpa orang di tengah jalan, kita pasti senyum. tanda ramah lagi ceria. lagipun, senyum itu kan sedekah. pada yang tidak senyum pula? mungkin mereka mahu cepat atau sedang bergegas ke destinasi atau tidak perasan kita yang jalan bertentangan, terlalu banyak perkara yang bermain di dalam kepala? ataupun.... ada ulser dalam mulut berhampiran dgn bibir!!!

Akulah insan tersebut. Mahu ku hadiahkan sebuah senyuman yang tulus lagi ikhlas pada setiap orang. tapi.... ouch!!!! ulser berlanggaran dengan gigi tatkala ku menarik bibirku untuk membentuk sebuah senyuman. ku batalkan niat ku itu. ku sepetkan mata sambil tarik bibir sikit sahaja. bajet ala2 cumil senyum cara baru.

atau pun, ku hanya sengetkan sedikit kepalaku dan lambai laju2 sikit2. buat ala-ala kanak2 comel. dan rakan2ku akan tertawa melihat gelagatku yang ada macam orang tak betul otaknya bila berlakuan sebegitu.

apa2 pun, kawan2, maaf andai kata ku tidak senyum tatkala terserempak di tengah jalan. bukan niatku untuk menyombong. tapi, ulser menghalang untuk ku berimu senyum free.

p/s: mahu senyum puas2 disini

^_^ .... ^_^ ... ^_^