Tuesday 9 March 2010

Laluan Bomba


Ya, inilah dia laluan bomba yang terdapat di UTP. tujuan saya menulis post ini ialah untuk menerangkan kepada rakan2 saya di UTP, di mana letaknya laluan bomba. Idea ini tercetus apabila saya seringkali menghadapi masalah dengan rakan2 UTP, saya memberitahu mereka untuk tunggu saya di laluan bomba dan mereka akan membalas, "hah? laluan bomba? kat mana tu?" . YAYT.... dah bertahun2 duduk UTP. tapi mungkin juga kerana mereka tak pernah tengok ada bomba guna jalan tu, sebab tu mereka tak tau tu laluan untuk bomba.

Kalau ikut sejarahnya(sejarah bermula 2006 je la, iaitu masa saya baru masuk UTP) , para pelajar biasanya akan park kereta di laluan bomba ini kerana ia amatlah dekat dengan blok asrama. Pelajar2 di sini, kalau boleh, mahu saja parking kereta dekat sebelah katil di dalam bilik(hehe, refer balik pada diri sendiri. =P). Tidak lama selepas itu, selepas puas kereta2 disaman tatkala meletakkan kenderaan di laluan itu, pihak yang berkuasa pun mulalah menutup jalan tersebut. Bermula dengan kon-kon besar, pelajar pun kisah sangat dengan kon-kon tu sebab ianya mudah untuk diubah2.dan akhir sekali mereka menggantikannya dengan penghalang yang warnanya merah putih tu. taraaaa~ nampakkan pada gambar tu? ada penghalang warna merah putih..... wuuuu...

Jadi kawan2, dengan ini, rasmilah laluan bomba yang melalaui v3 , v4 dan v5 itu. Lepas ni, kalau saya cakap tunggu di "laluan bomba yang hala dengan parking poket C" , maka dengan itu, anda tahu lah kan? tak perlu la berbuih2 mulut ni explain lagi sekali laluan bomba kat mana. =P

wsalam. :)

p/s: terbayang2 dalam kepala kenderaan bomba melalui jalan tersebut.hhuhuhu,minta2 takdela apa2 kebakaran. kalau tak, nayo juga =P

3 comments:

May Hashim said...

noted! ;P

RuGGers |8| said...

ahaha..ade bakat jadi security ni ko nola..nmpk dh mase depan..lol~

Anonymous said...

cool~ :P