Tuesday 9 February 2010

bukan sombong, tapi tak boleh senyum

bila jumpa orang di tengah jalan, kita pasti senyum. tanda ramah lagi ceria. lagipun, senyum itu kan sedekah. pada yang tidak senyum pula? mungkin mereka mahu cepat atau sedang bergegas ke destinasi atau tidak perasan kita yang jalan bertentangan, terlalu banyak perkara yang bermain di dalam kepala? ataupun.... ada ulser dalam mulut berhampiran dgn bibir!!!

Akulah insan tersebut. Mahu ku hadiahkan sebuah senyuman yang tulus lagi ikhlas pada setiap orang. tapi.... ouch!!!! ulser berlanggaran dengan gigi tatkala ku menarik bibirku untuk membentuk sebuah senyuman. ku batalkan niat ku itu. ku sepetkan mata sambil tarik bibir sikit sahaja. bajet ala2 cumil senyum cara baru.

atau pun, ku hanya sengetkan sedikit kepalaku dan lambai laju2 sikit2. buat ala-ala kanak2 comel. dan rakan2ku akan tertawa melihat gelagatku yang ada macam orang tak betul otaknya bila berlakuan sebegitu.

apa2 pun, kawan2, maaf andai kata ku tidak senyum tatkala terserempak di tengah jalan. bukan niatku untuk menyombong. tapi, ulser menghalang untuk ku berimu senyum free.

p/s: mahu senyum puas2 disini

^_^ .... ^_^ ... ^_^

3 comments:

RuGGers |8| said...

ahaha..xleh blah seh explaination..ptut r smlm ckp pn nk xnk je..get well soon sis!!

sya-shan said...

ruggers: time kasih kerana memahami. =P

wani gaga gugu gege said...

get well soon bebeh