Thursday, 8 January 2009

minum susu ANLENE!

ya rakan2. saya sudah mula minum susu setiap hari. arahan Pn Asmah(my mommy). ini adalah utk kesedaran awal ttg keperluan kalsium bg membina tulang2 yg kuat dan sihat! terbaru, ada ahli keluarga kami yg mengalami osteoporosis.. jadi, sebagai langkah awal, kami sebagai anak2 muda di dalam keluarga, dinasihati supaya minom susu banyak2. ... susu putih tak sedap, maka dgn itu, saya bermula dgn susu anlene coklat. yummy. hanya 4 sudu dan air suam. tada! saya dah pandai buat air! yeay!



GOLONGAN generasi muda di negara ini, tidak ramai yang meminum susu. Berdasarkan kaji selidik budaya minum susu masyarakat Asia menunjukkan, golongan utama meminum susu ialah di kalangan dewasa yang mencapai usia 40-an ke atas di samping, golongan kanak-kanak.

Sementara, kebanyakan yang lain minum susu mencampurkannya bersama minuman lain seperti kopi dan teh.

Pengurus Jenama New Zealand Milk (Malaysia), Ivy Yeoh, berkata minum susu setiap hari tidak dijadikan satu amalan dalam kehidupan harian di kebanyakan kalangan masyarakat Asia. Walaupun, keperluan minum susu adalah penting, ia masih tidak digemari ramai.

Katanya, susu pada asasnya ialah makanan berkhasiat yang lengkap dan penting. Susu membekalkan kalsium untuk membina dan mengekalkan kesihatan tulang serta membantu mencegah osteoporisis. Justeru, ia perlu diambil bukan pada peringkat kanak-kanak saja sebaliknya, sepanjang hayat kerana setiap peringkat usia, pelbagai zat tambahan diperlukan seperti zaman kanak-kanak, ketika mengandung, selepas mengandung dan ketika melewati usia 30-an serta pada usia tua.

“Persepsi biasa di kalangan orang muda ialah osteoporosis hanya perlu dikhuatiri oleh golongan warga tua saja. Ini tidak benar sama sekali. Malah, ia adalah sebaliknya. Orang dewasa yang semakin lanjut usia tetapi mempunyai ketumpatan tulang yang tinggi akan berupaya menangani osteoporosis,” kata Yeoh.

Beliau berkata, sebab lain susu tidak diminum setiap hari ialah kerana kurangnya pengetahuan mengenai pembinaan tulang. Ada yang berpendapat, pembinaan tulang dikaitkan dengan tumbesaran ketinggian. Kenyataan itu salah kerana peringkat usia akil baligh adalah tempoh di mana berlakunya tumbesaran tulang rangka yang giat pada individu. Kemuncak jisim tulang kebanyakan individu mencapai pada lingkungan usia 30-an dan kemudian akan mula kehilangan jisim tulang secara perlahan-lahan.

read more here....

(^_^)

5 comments:

a'ishah said...

huhu. saye pun minum susu anlene jg. my mom in law or husband akan buatkan. tp saye reti je buat sendiri. hehe

sya-shan said...

haha.aisha manje~

FiKaSuHimI said...

susu...nnti nola buatkan ye...aku dtg every pagi kat umah ko.. ko buatkan tau..aku xde husband or mak in law nk buatkan :(..k nola? "tapi sy reti je buat sndiri" ngehehe

Farhan Iqbal said...

minum susu kasi tinggi...
ada peluang lg..
ko bru dajah dua kan?

^^v

kurt nurmen said...

ape barang minum susu.

minus nescape la sedap.

btw, aku mulakan ape yg aku dah cite pom pang pom pang!