Friday 19 September 2008

Nape saye tak puas hati dgn org laen

1997- Kelana Jaya, Selangor.

Masa tu kelas pendidikan seni.man, i hate that subject, byk sgt perkakas yg kene bawak. pada hari tersebut, semua orang telah diarahkan oleh cikgu untuk melukis gambar roket. cik noL pon dengan seronoknya, melukis gambar roket tersebut kerana beberapa hari sebelumnya cik noL baru je menonton cerita tentang roket bersama seisi keluarga.Cerita tersebut adalah lakonan Tom Hanks . Sama ada cerita tersebut bertajuk Apollo 13 ataupun hanya roket dalam tu saja yang bernama Apollo 13... .

Okay, seterusnya, cik noL ni pon melukis la dgn semangatnya. tiba2, cik noL didatangi oleh beberapa rakannye dan mereka bertujuan untuk melihat lukisan cik noL.
mereka: hahaha... Apollo 13? mane ada roket nama Apollo 13.. tu kan nama kek.. kek Apollo! hahahaa!!! ade ke letak name kek..
dan mereka terus menggelakkan cik noL...

wut da ****? .. hehe, kidding, tak reti lg ckp mende nih time tuh.. tapi perasaan cik noL ketika itu lebih kurang macam ni la. Dan dengan semangatnya cik noL cuba mempertahankan dirinya.
cik noL:Ada la, Apollo 13. Aku baru je tengok cerita dia .. Tom Hanks berlakon.. based on trues story la..
mereka:hahaha.. ape la.. mana ade...
ckp je la korang tatau Tom Hanks tu sape. takkan ako nak cakap yusof haslam baru korang caye kot... *sigh (-_-'') <- cik noL bermonolog dalaman ketika itu... dan ia berakhir begitu sahaja, cik noL telah dibiarkan begitu sahaja setelah ditertawakan oleh rakannya. rakan? bukan rakan la kalo camni. monolog dalaman lagi cik noL:korang tak terfikir ke kenapa iklan kek Apollo tuh cam roket2 je?
cik noL:kawan2 kelas 3 siantan.. sampai hati korang wat ako camnie.korang je yg tatau.. maleh ako nak layan korang.. budak2 betul la.. tak matang langsung.

saba.saba.saba.

2008 - tronoh,perak.

cik noL : kenape la ako tak lempang je sesekor budak2 tuh mase tuh. aisy.. puase2 nih... sabo je la..

-end

moral of the story: he who laugh first, will be laugh at last.
moral of the story: sabar itu separuh daripada iman.
moral of the story: explore.explore,explore.
moral of the story: think first before you speak.

No comments: